Kebahagiaan milik kami kerana kami memperoleh harapan. Dan hilang sudah semua kesusahan, lengkap sudah semua kebahagiaan.
Dan waktu sudah menepati janjinya. Dan kebahagaan menampakkan kemuliaan kami. Berlumuran dengan wangian kegembiraan menanti pertemuan dengan insan termulia.
Wahai nafsu, puaslah dengan perjumpaan ini. Wahai mata, sejukkanlah semua mata kami.
Lihat! Inilah keindahan al-Musthafa. Cahayanya lebih kelihatan dan mempersona bagi kita semua.
Duhai Thaibah (Madinah), apa yang dapat kami katakan? Jika Rasul telah mendiami wilayahmu.
Dan kami semua ingin berjumpa. Dengan Muhammad, nabi kami.
Duhai taman Nabi, pembawa petunjuk dan pemberi syafaat. Dan kedua temannya serta tanah Baqi’
Catatlah kami semua. Bahwa kami berziarah kepada kekasih kami.
Wahai Tuhan Maha Pemberi Salam, berikan selawat dan salam. Kepada Nabi menghilangkan kegelapan.
Juga keluarga, para sahabat yang mulia. Selama dilagukan qasidah “Busyro Lana”